NAM DINH (Vietnam): Penyerang muda sensasi Luqman Hakim Shamsudin akhirnya menamatkan kemarau jaringan lebih dua tahun di pentas antarabangsa selepas meledak dua gol untuk membantu Malaysia menewaskan Laos 3-1 di temasya Sukan SEA ke-31 di sini, semalam.
Dua gol disumbangkan penyerang KV Kortrijk itu membolehkan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan meraih kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B acara bola sepak lelaki temasya sukan dwitahunan itu, sekali gus mencerahkan peluang Malaysia layak ke separuh akhir.
Kali terakhir pemain kelahiran Kota Bharu itu mencetak nama sebagai penjaring di pentas antarabangsa adalah pada pusingan kelayakan Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Phnom Penh, Kemboja pada Nov 2019.
Pada saingan Kumpulan G kempen kelayakan itu, Luqman Hakim mengumpul lima gol selepas meledak masing-masing satu dan empat gol ketika menentang pasukan tuan rumah dan Brunei sebelum kemarau golnya bermula.
Bercakap kepada Bernama selepas aksi menentang Laos di Stadium Thien Truong di Nam Dinh, Luqman Hakim dengan tenang memberitahu beliau merasa puas dapat kembali berada dalam senarai penjaring sebelum tiba-tiba sebak dan hampir menitiskan air mata.
"Pertama sekali, Alhamdulillah syukur sangat dengan hasil ini atas usaha saya sendiri, gembira memang gembira, sedih pun sedih juga sebab pada 2022 baru saya dapat jaringkan gol untuk Malaysia.
"Saya bersyukur sangat atas sokongan diberikan jurulatih, rakan-rakan dan terutama keluarga serta peminat Malaysia yang menunggu-nunggu jaringan daripada saya. Saya amat teruja sekali dengan diri saya dan hasil usaha kerja keras saya selama ini.
"Perasaan sedih itu memang ada sebab saya bekerja keras (beliau mula sebak) untuk pasukan Malaysia dan untuk saya sendiri. Alhamdulillah, Alhamdulillah," katanya yang kemudian ditenangkan pegawai pasukan di situ.
Beliau berkata apa yang dilalui sepanjang kerja kerasnya untuk membuktikan kemampuan sebagai penggempur pasukan negara tidak diketahui ramai, selain menyifatkan pencapain semalam adalah permulaan untuk terus menghasilkan jaringan buat skuad kebangsaan.
"Saya belum lagi berpuas hati dengan permainan saya dalam aksi lawan Laos dan Thailand (Sabtu lepas). Pasukan bukan mahu menang dengan Laos dan Thailand saja, pasukan hendak menang semua perlawanan dalam Sukan SEA, kita hendak meraih pingat emas," katanya.
Malaysia yang dibimbing Ketua Jurulatih Brad Maloney berada di landasan tepat untuk mara ke separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA apabila kini menerajui kedudukan Kumpulan B dengan mengumpul enam mata selepas menewaskan Thailand dan Laos pada dua aksi pertama.
Anak buah Maloney akan meneruskan cabaran dengan menentang Singapura Sabtu ini sebelum menutup saingan kumpulan bertemu Kemboja pada 16 Mei. Kedua-dua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Thien Truong.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA pada edisi 2011 di Indonesia sewaktu dibimbing Datuk Ong Kim Swee.
Pencapaian terbaik Malaysia selepas itu adalah muncul naib juara seterusnya membawa pulang pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur juga di bawah kendalian Kim Swee, sebelum tersingkir seawal peringkat kumpulan di Filipina pada edisi 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022
Luqman (kiri) melepaskan rembatan ke gawang gol lawan ketika menentang pasukan Laos pada saingan Sukan Sea 2021 di Stadium Thien Truong malam tadi. - Foto BERNAMA
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
'Malaysia antara negara paling aman, namun jangan ambil mudah' - Zahid Hamidi
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman.
Banjir kilat Perak: 'Rumah hanyut, kenderaan tenggelam'
Banjir kilat yang berlaku di tiga daerah di Perak, bermula malam Khamis turut menyebabkan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Bukit Gantang dihanyutkan arus deras.
'Saya minta maaf kerana bebankan mak' - Fatiya Latiff dedah hidap skizofrenia
Fatiya, 36, berkata, dia berterima kasih kepada ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut membebankan
Korea Utara uji peluru berpandu taktikal teknologi navigasi baharu
Korea Utara pada Sabtu berkata ia telah melancarkan peluru berpandu balistik taktikal yang dilengkapi dengan sistem navigasi "autonomi" baharu dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan senjatanya.
JPJ laksana operasi, kesan syarikat, individu, sewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi mengesan syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta insu
Suri rumah rugi lebih RM15,000 terperdaya tawaran kerja 'review' hotel
Seorang suri rumah di sini kerugian RM15,850 selepas terperdaya dengan iklan tawaran kerja 'review' hotel daripada sebuah syarikat yang menjanjikan komisen tinggi.
Isu All Eyes on Rafah: 'Janganlah tutup periuk nasi saya' - Ning Baizura
Ning turut menegaskan dirinya antara selebriti yang aktif menyalurkan sumbangan untuk Gaza dan bersolidariti untuk Palestin.
Dua lelaki bawa parang ditahan cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Nasi beriani jadi juadah pilihan Luqman di Jepun
Luqman Hakim Shamsudin ditemani rakan sepasukannya sedang menyesuaikan diri dengan suasana dan makanan di Jepun.
Kehadiran beberapa pemain beri kelebihan pada Harimau Muda - Luqman Hakim
Luqman Hakim yakin percaturan pengendali Juan Torres Garrido mendapatkan khidmat beberapa pemain tertentu, dapat memberikan 'taring' kepada pasukan.
Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Luqman memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa.
Saya jaringkan gol, tapi saya sedih - Luqman Hakim sebak
Kali terakhir Luqman mencetak nama sebagai penjaring di pentas antarabangsa adalah pada pusingan kelayakan Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) AFC 2020.
Aksi lincah Luqman Hakim tambat hati penyokong KV Kortrijk
Luqman yang diturunkan sebagai pemain gantian menunjukkan kualiti yang dimilikinya apabila berjaya beberapa kali menghadirkan masalah kepada benteng pasukan lawan.
10 personaliti paling menyerlah sepanjang 2020
Astro AWANI senaraikan 10 individu yang boleh dijadikan inspirasi kepada semua untuk kita melangkah ke tahun 2021!
Luqman Hakim cetak gol 'rasmi' pertama, julang KV Kortrijk
Gol tersebut merupakan gol kedua Luqman selepas menjaringkan satu gol semasa perlawanan persahabatan dengan kelab KRC Gent.
Status Luqman Hakim disahkan dalam tempoh terdekat
Mahu kekal bersama Selangor II atau berhijrah ke kelab Liga Belgium?